Khamis, 29 Oktober 2009

money.. money..




money = duit = harta = kekayaan...

selalu kita dengar yang orang perlukan duit..
betul ke duit itu satu keperluan..? atau sekadar kemahuan..?
benarkah duit tak mampu membeli kasih sayang..?
benarkah duit bukan segalanya..?

jika direnungkan..

jika benar duit satu keperluan untuk hidup gembira..
kenapa bibir orang yang susah dan tak berduit di kampung, desa mahupun bandar masih mampu mengukir senyuman..?
jika benar duit memberi kebahagiaan, kenapa masih sunyi jika hidup berseorangan..?
jika benar duit menjadi ukuran kehebatan, dimana pula kehebatan kepandaian dan kebijaksanaan..?
jika duit menaikkan martabat, dimana pula tempat orang berilmu dan keturunan yang baik..?

hakikatnya,

dengan duit kita boleh hidup senang.. tapi belum pasti kita mampu hidup tenang..
dengan duit kita boleh pergi haji.. tapi belum pasti jaminan syurga diberi..
dengan duit kita boleh beri makan.. tapi belum pasti mendapat keberkatan..
dengan duit kita boleh jalan-jalan.. tetap sunyi jika tak berteman..

mungkin duit penting.. perlu.. bahkan pelengkap kesempurnaan..
tetapi yang pasti,
duit bukanlah segalanya dalam sesebuah kehidupan..
banyak elemen lain yang perlu kita miliki bersama duit seperti kesihatan, keikhlasan, kasih sayang, senyuman, persahabatan, keluarga, keselesaan malah beratus lagi jika disenaraikan..

kepada yang risau tentang bagaimana ingin mendapatkan duit..



cubalah berfikir seperti seorang pemancing ikan yang bijak..
jika semua pemancing berkumpul di sebuah kolam,
sudah pasti peluangnya untuk mendapatkan ikan yang besar menjadi amat tipis..
tetapi jika memancing di tempat yang tiada pesaing, pastinya peluangnya lebih cerah..
memang benar, tempat tiada pesaing juga membawa risiko tiadanya ikan..
tetapi disitulah risiko yang perlu diambilnya..
sekiranya dia berani mengambil risiko itu, dia telah pun menjalankan satu tugasnya sebagai seorang insan.. iaitu "berusaha"..
setelah berusaha.. serahkanlah kepada Allah S.W.T dengan cara "tawakal" dan "berdoa"..
jika ditakdirkan rezekinya di situ, pasti miliknya akan sampai..
sesuai dengan janji Tuhan bahawa rezeki bagi kita semua telahpun ditentukanNya..

Contoh :
1. Seorang manusia telah memilih sebuat bukit yang sangat tinggi di Negeri Pahang, Malaysia untuk dijadikan pusat perjudian dan taman tema sedangkan orang lain ketika itu hanya menyediakan pusat judi di bandar-bandar.. akhirnya dia kaya dan kita kenali tempat itu dengan nama Genting Highland.
2. Seorang manusia mencipta perisian komputer sedangkan di zaman itu, tak ramai pun yang mampu memilikinya malahan penggunaan komputer sendiri dianggap asing. kini, dengan hak paten, Bill Gates menjadi manusia terkaya di dunia.
3. Beratus tahun pahlawan melayu berjuang melawan penjajah dengan menggunakan keris dan tombak (senjata), tetapi insan pintar seperti Dato' Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman memilih jalan berbeza dengan berbincang dan menyatupadukan bangsanya, akhirnya kita merdeka.

ternyata, adakalanya bila kita berfikir dan bertindak berlainan dari kebiasaan, ia adalah pembuka kunci kepada KEKAYAAN!.. sejauh mana kebenaran kata-kata ini, anda sendiri lah yang tentukan..

Salam pintar
-i am legend-

Rabu, 28 Oktober 2009

a meaningful words that comes from a song...

Petikan dari lagu "Stay The Same"...

Don't you ever wish..
You were someone else..
You were meant to be..
The way you are exactly..
...And I hope you always stay the same..
'Cause there's nothing 'bout you I would change...

wujud satu ketika, dimana kita selalu terfikir siapa yang akan kita jadi dimasa hadapan..
apa jalan sebenar yang patut kita ikut..
hati siapa yang patut kita puaskan...
impian siapa yang patut kita tunaikan..

di waktu itu..
berdiamlah seketika.. ambillah 5 minit untuk diri sendiri..
pejamkan mata.. bayangkan pilihan keputusan yang kita miliki...
jika bibir tersenyum semasa kita bayangkan mana-mana satu dari pilihan tersebut..
pastinya itulah suara hati yang kita cari selama ini..
ikutlah ia..

jika kita gembira,
pasti semua yang menyayangi kita turut gembira..
jika keputusan ini perlu diambil oleh insan yang kita sayang..
pasti kita akan meminta untuk dirinya melakukan perkara yang sama..

salam kasih!
-i am legend-